Thursday, October 21, 2010

MENUNGGU KETEGASAN

Ucapan PM di perhimpunan agung UMNO berkaitan "primordial instinct" adalah satu hakikat manusiawi. Ianya pedas , tegas tapi perlu disebut kerana ianya satu realiti. Yang rakyat mahukan, PM anggaplah ucapan tersebut merupakan satu hijrah untuk beliau.

Kami, rakyat Malaysia mahukan PM berhijrah kepada satu style kepimpinan baru. Tegas dan tiada kompromi.

Siapa sahaja yang tidak nasionalistik, derhaka kepada negara, timbulkan keraguan terhadap institusi ketenteraaman awam - PDRM, ATM, Mahkamah, SPRM, AG - semuanya perlu diambil tindakan undang-undang.

Rakyat tak mahu pimpinan lemah kerana kami mahu bernaung di bawah kepimpinan tegas dan berana.

Ingat Dr M ? Beliau amat tegas. Siapa berani soal tentang hak melayu dan deb di waktu beliau jadi PM. Beliau laksanakan deb dan dasar dasar affirmative tanpa segan silu atau teragak-agak. Namun, beliau tetap popular dan dipilih rakyat.

Datuk Sri PM seharusnya sebegitu. Janganlah hangat di PWTC sahaja. Peluang untuk ubah style kepimpinan. Datuk Seri pasti boleh1